Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira (SMKTP) mula beroperasi pada tahun 2003. PSS sekolah ini terletak di tingkat 3 blok pentadbiran. Lokasi yang strategik telah ditempatkan untuk PSS, malahan ruang yang disediakan juga luas dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan para penggunanya. Di dalam PSS terdapat Bilik Tayangan TV/AV, Bilik Kerja dan Bilik Fail. Rak-rak buku dan kabinet fail, kabibet katalong dan almari telah disediakan. Walau bagaimanapun, kemudahan seperti TV, VCD Player dan Astro tidak diterima oleh pihak PSS.
Pada awalnya, dengan jumlah staf seramai 27 orang, segalanyacuba dilakukan sesempurna mungkin. Puan Norazilah binti Abdul Raman dilantik sebagai penyelaras PSS yang pertama manakala Encik Ishak bin Ayub sebagai setiausaha NILAM. Semasa mula beroperasi, PSS sekolah ini telah membuat promosi dalam kalangan pelajar bagi memilih pengawas PSS untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran PSS. Para pengawas PSS telah banyak membantu menceriakan dan menyusun perabot yang telah disediakan di PSS. Bekalan buku-buku banyak diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta sumbangan daripada Pengetua iaitu Encik Loo Siew Khiang.
Pada awalnya, dengan jumlah staf seramai 27 orang, segalanya
Pada tahun 2005 Penyelaras PSS ialah Puan Noorfazilah binti Zainol. Pada tahun ini segala rekod di PSS telah dimasukkan dalam Program Excel. Walaupun berminat untuk menggunakan sistem pengautomasian, namun akibat kekangan kewangan hasrat tersebut terpaksa dipendamkan dahulu memandangkan harga perisisan yang terlalu mahal bagi sekolah yang baru beroperasi.
Oleh kerana tiada TV, maka pihak PIBG sekolah telah menyumbangkan sebuah TV untuk ditempatkan di bilik AV. Pada tahun ini juga pihak PSS telah mendapat bekalan sebanyak 40 buah kerusi kuliah yang ditempatkan di Bilik Audio Visual. Pada tahun ini pihak PSS merancang untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti bagi menarik perhatian warga sekolah terutama para pelajar tentang peranan PSS dalam menjayakan aspirasi pendidikan negara. Malahan aktiviti bersama pihak panitia akan dipertingkatkan lagi. Pkg Alma banyak membantu PSS sekolah ini dalam Program Khidmat Bantu yang telah diadakan